Rabu, 31 Ogos 2011

Rancangan TV di hari kemerdekaan

Belek2 akaun Google aku terbukak pulak blog ni. Tengok balik ada buat satu post 3 tahun lepas! Terkenang pulak sebelum ni nak cuba untuk 'menyertai' dunia blogging. Bila baca blog kawan2 minat nak masukkan post yang baru datang balik. Tak berani dah aku nak taip dalam bahasa Inggeris lagi, takut grammar tak betul. :) Aku rasa inilah satu2 nya cara untuk aku luahkan isi hati aku. Okey, MULA! 


31 Ogos 2011, semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-54. Hari ni juga kita menyambut Aidilfitri untuk hari ke-2. Keluarga aku dah pun menuju ke Muar untuk bersama saudara mara. Tapi aku masih di Shah Alam. Sedih pun ada, sunyi tu lagi la ada. Nak buat macam mana, kerja memanggil. Alhamdulillah aku dapat bersama keluarga aku pada hari pertama Aidilfitri.




Saluran TV Astro, Discovery Channel & TLC banyak tayangkan cerita tentang Malaysia. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa bangga bila saluran2 antarabangsa kat Astro ni yang keluarkan segmen khas buat Malaysia. Lagi2 bila keluarkan segmen laungan Tunku Abdul Rahman, 'MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!'. Lepas tu laungan Tunku disambut oleh rakyat jelata. Perghh... walaupun dah berulang kali aku tengok masih meremang bulu roma aku.


TUNKU ABDUL RAHMAN MENGISYTIHARKAN KEMERDEKAAN


Hari ni Hitz.TV banyak kali putarkan klip video 'Malaysian Boy' yang digubah dari lagu Kanye West, 'American Boy'. Rasanya klip ni dibuat untuk promosi konsert 'Suara Kami' oleh Astro 17 September nanti. Walaupun aku tak berapa gemar lagu ni ada unsur plagarism yang nyata & tiada kreativiti untuk gubahan muzik tapi kena berfikiran positif dan terbuka. Jangan la asik nak kondem je kan? Tak semestikan kalau nak buat lagu berunsurkan patriotism nak kena buat jenis Irama Malaysia atau Pop je. Kudos kepada sesiapa yang terlibat.


KLIP VIDEO 'MALAYSIAN BOY'

Letak ke tepi tentang rancangan yang aku tengok di TV. In a serious note, aku tidak akan lupa kesejahteraan dan kesenangan hidup kita sekarang bukan datang bergolek. Perjuangan pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan haruslah dihargai. Selamat menyambut kemerdekaan ke-54. 1 Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Assalammualaikum!