Isnin, 12 September 2011

'Derby' Lembah Klang?

Esok Selangor akan bertandang di 'home' KL di Stadium Selayang, SELANGOR. Walaupun KL dah ada 6 mata dan berada di atas kumpulan D, tapi KL ni bukanlah rival sebenarnya. Tak layak langsung untuk dijadikan rival. Tapi media asik huha2 kata 'derby' kita layan je.

Dekat SS nanti pastinya senang untuk penyokong2 Selangor yang duduk area Gombak dan seantaranya untuk menyokong kelab kesayangan kita. Memang dah takde alasan kata stadium jauh ke apa. Tapi kalau berkerja atau ada urusan keluarga tu lain la. Jangan lupa kita kasi provoke itu KL. Jangan lupa esok, 13 Sept 2011 di SS!!!! SELAMANYA SELANGOR DARUL EHSAN!

Tiada ulasan: