31 Ogos 2011, semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-54. Hari ni juga kita menyambut Aidilfitri untuk hari ke-2. Keluarga aku dah pun menuju ke Muar untuk bersama saudara mara. Tapi aku masih di Shah Alam. Sedih pun ada, sunyi tu lagi la ada. Nak buat macam mana, kerja memanggil. Alhamdulillah aku dapat bersama keluarga aku pada hari pertama Aidilfitri.
Saluran TV Astro, Discovery Channel & TLC banyak tayangkan cerita tentang Malaysia. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa bangga bila saluran2 antarabangsa kat Astro ni yang keluarkan segmen khas buat Malaysia. Lagi2 bila keluarkan segmen laungan Tunku Abdul Rahman, 'MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!'. Lepas tu laungan Tunku disambut oleh rakyat jelata. Perghh... walaupun dah berulang kali aku tengok masih meremang bulu roma aku.
TUNKU ABDUL RAHMAN MENGISYTIHARKAN KEMERDEKAAN
KLIP VIDEO 'MALAYSIAN BOY'
Letak ke tepi tentang rancangan yang aku tengok di TV. In a serious note, aku tidak akan lupa kesejahteraan dan kesenangan hidup kita sekarang bukan datang bergolek. Perjuangan pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan haruslah dihargai. Selamat menyambut kemerdekaan ke-54. 1 Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Assalammualaikum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan