Alhamdulillah... Akhirnya Selangor berjaya mara ke peringkat suku-akhir dengan mengalahkan KL 2-1. 10-14 Oktober bermulanya perlawanan antara Selangor dgn rival sepanjang zaman, Perak. AL dah settle untuk game home & away tapi masih 50-50 untuk apply cuti jika mara ke peringkat seterusnya. Sayang Selangor punya pasal aku akan cuba cari jalan.
1hb ni bermulanya perlawanan 'persahabatan' dengan singapoodah veteran & singapoodah selection. Ini yang aku tunggu2. Provoke tahap dewa ke-132 akan aku bagi. Kalau veteran mungkin slow sket la.. haha!! Tapi pening gak bila dok pikir mcm mana bila bersorak 180-minit tanpa henti? Perghh... InsyaAllah hilang sekilo dua. :))
3 hari lagi mulalah perlawanan el-classico ASEAN. Tiket pun dah ada cuma nak jejak ke stadium keramat je yang dinanti. Takkan menanglah itu pulau. Apa barang main untuk negara tapi darah negara asing. Poodah DEY! Arghh... gila tak sabar siot... Apa2pun, SELANGOR PASTI MENANG!!!! :)))
WAK JEY!
Keghairahan arena bola sepak tempatan, cerita kehidupan harian dan lain-lain yang membosankan.
Rabu, 28 September 2011
Khamis, 22 September 2011
A.C.A.B. @ P.D.R.M. @ PAROI
Pagi ni kira 10 hari straight aku kerja tanpa cuti. Mcm kuli batak! Walaupun kerja aku duduk je layan customer tapi penat. Bukan penat fizikal tapi mentally. Dapat pulak lahabau2 yg tak reti bahasa. Gila tak sabar tunggu Sabtu untuk hilangkan stress.
Tapi cara hilangkan stress aku lain sket minggu ni. Dari dok umah terbaring sambil belek2 channel kat Astro & membesarkan perot, 2nd round Piala Malaysia hala tuju aku. Sabtu ni Selangor akan bertandang ke 'kandang' P.D.R.M. F.C. di Paroi. Konvoi bersama2 komrad ultraSel. Lama jugak la tak pi away luar dari Selangor sejak game Malaysia kat singapore. Away trip ke 'Home' KL di Selayang tak kira sebab masih di SELANGOR.
Akhirnya K.Devan blah gak dan di ganti P. Maniam. Lain kali taktikal tu jgn la pelik2 ye KD? Kan dah kena 'resign'. Hahaha!!! Mengharap sangat 2 game terakhir ni menang besar. Aku masih 'believe' yang Selangor mampu ke peringkat seterusnya. Harapan P. Maniam dpt mengembalikan rentak & corak permainan menarik baki 2 game ni. Apa2 pun Selangor tetap di hati. Kalah menang tetap bersama. Assalammualaikum!

Jumaat, 16 September 2011
Bangkit Selangor, BANGKIT!
Ramai dah mula kutuk2 team kesayangan aku. Misi fantasi la, team berlagak la, apa2 la.. Benda saingan tak habis lagi, lagi 3 game kot. Walaupun misi agak sukar untuk kecapi tapi memang tak mustahil. Kita patut percaya yang kita akan layak ke suku akhir. Tahun 2005 kita boleh buat jadi jangan kecewa sangat.
Tekanan dekat coach K. Devan amat tinggi skrg. Pemain2 pun dah kena caci kaw2. Tapi aku harap semua tekanan yg diberikan dapat diserap menjadi sesuatu yang positif. Esok bermulanya saingan ke-2 peringkat kumpulan menentang T-Team. Jangan dok berbunyi je di alam siber. Jom turun ke stadium keramat SSA untuk lontarkan sorakan semangat untuk pemain2 kita. Penuhkan stadium kita dan jangan lupa provoke pemain2 T-Ting yee? :))

Isnin, 12 September 2011
'Derby' Lembah Klang?
Esok Selangor akan bertandang di 'home' KL di Stadium Selayang, SELANGOR. Walaupun KL dah ada 6 mata dan berada di atas kumpulan D, tapi KL ni bukanlah rival sebenarnya. Tak layak langsung untuk dijadikan rival. Tapi media asik huha2 kata 'derby' kita layan je.
Dekat SS nanti pastinya senang untuk penyokong2 Selangor yang duduk area Gombak dan seantaranya untuk menyokong kelab kesayangan kita. Memang dah takde alasan kata stadium jauh ke apa. Tapi kalau berkerja atau ada urusan keluarga tu lain la. Jangan lupa kita kasi provoke itu KL. Jangan lupa esok, 13 Sept 2011 di SS!!!! SELAMANYA SELANGOR DARUL EHSAN!

Ahad, 4 September 2011
MISI 33
Kerja pada hari ahad amatlah tidak cool. Tambah2 lagi kerja pagi2 buta, 6:30AM. Nak buat macam mana, nak dapat duit poket untuk sara diri. Tapi petang mmg buat aku gumbira balik bila dapat berkumpul bersama kawan2 ultraSel di SUK. Lama gak la tak lepak ngan komrad2.
Sampai SUK dalam pukul 3:30PM. Ingatkan dah mula perasmian untuk MISI 33 tapi still pengurusan tgh setting lagi. Okay jugak start lambat boleh borak2 ngan komrad2 lain. Group penyokong SSFC ngan SFC pun ada skali untuk MISI paling penting tahun ni untuk bacaan ikrar. Bacaan doa dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ikrar beramai2.
Lepas tamat je upacara bacaan ikrar, layan kek MISI 33 and amik gambar ngan komrad2 yang lain. Dapat pulak jersi Kappa free & LIMITED khas untuk Piala Malaysia. Lepas tu tengok team Selangor training sampai pukul 7PM dan tunggu untuk cabutan bertuah. Dah settle semua, lepak kat kedai Melayu yang satu-satunya bukak pada Hari Raya ke-5 ngan komrad2 yang lain kat Seksyen 7. Sambil tu bincang2 untuk perlawanan2 Piala Malaysia nanti.
Hari yang tak merugikan langsung! Maaf ye komrad2 tak dpt join gi uptown, letih! Haha! Walau mcm mana pun, yang pasti Piala Malaysia ni mesti milik Selangor. MISI 33 dijanji, kejayaan dinanti. Segalanya untuk Selangor, Selamanya bersama ultraSel!
Sampai SUK dalam pukul 3:30PM. Ingatkan dah mula perasmian untuk MISI 33 tapi still pengurusan tgh setting lagi. Okay jugak start lambat boleh borak2 ngan komrad2 lain. Group penyokong SSFC ngan SFC pun ada skali untuk MISI paling penting tahun ni untuk bacaan ikrar. Bacaan doa dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ikrar beramai2.
Picture credit to R3shad.
Lepas tamat je upacara bacaan ikrar, layan kek MISI 33 and amik gambar ngan komrad2 yang lain. Dapat pulak jersi Kappa free & LIMITED khas untuk Piala Malaysia. Lepas tu tengok team Selangor training sampai pukul 7PM dan tunggu untuk cabutan bertuah. Dah settle semua, lepak kat kedai Melayu yang satu-satunya bukak pada Hari Raya ke-5 ngan komrad2 yang lain kat Seksyen 7. Sambil tu bincang2 untuk perlawanan2 Piala Malaysia nanti.
Khamis, 1 September 2011
Lagu Raya
Ketupat, lemang, lontong, kuah kacang, rendang, kuih muih & bunga api. Antara paling ingredients penting masa hari raya. Kalau takde benda2 ni memang tak lengkap. Sama gak ngan lagu2 raya. Lagu2 yang dari kecik aku dgr berkumandang di radio. Mmg klasik & nostalgik. Sekarang ni ada gak lagu2 yg baru tapi tak catchy mcm dulu. Banyak lagu yg best tapi antara 5 lagu feveret aku:
Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu
Faridah Joned - Selamat Hari Raya
Saloma - Selamat Hari Raya
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
Banyak lagi lagu2 yang best. Tapi banyak sangat list down confirm berderet2. Sambil layan tetamu putar lagu2 ni mesti ada feel raya. Skrg dah masuk hari raya ke-3 harap semua enjoy bersama family masing2. Assammualaikum!
Rabu, 31 Ogos 2011
Rancangan TV di hari kemerdekaan
Belek2 akaun Google aku terbukak pulak blog ni. Tengok balik ada buat satu post 3 tahun lepas! Terkenang pulak sebelum ni nak cuba untuk 'menyertai' dunia blogging. Bila baca blog kawan2 minat nak masukkan post yang baru datang balik. Tak berani dah aku nak taip dalam bahasa Inggeris lagi, takut grammar tak betul. :) Aku rasa inilah satu2 nya cara untuk aku luahkan isi hati aku. Okey, MULA!
31 Ogos 2011, semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-54. Hari ni juga kita menyambut Aidilfitri untuk hari ke-2. Keluarga aku dah pun menuju ke Muar untuk bersama saudara mara. Tapi aku masih di Shah Alam. Sedih pun ada, sunyi tu lagi la ada. Nak buat macam mana, kerja memanggil. Alhamdulillah aku dapat bersama keluarga aku pada hari pertama Aidilfitri.
Saluran TV Astro, Discovery Channel & TLC banyak tayangkan cerita tentang Malaysia. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa bangga bila saluran2 antarabangsa kat Astro ni yang keluarkan segmen khas buat Malaysia. Lagi2 bila keluarkan segmen laungan Tunku Abdul Rahman, 'MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!'. Lepas tu laungan Tunku disambut oleh rakyat jelata. Perghh... walaupun dah berulang kali aku tengok masih meremang bulu roma aku.
Hari ni Hitz.TV banyak kali putarkan klip video 'Malaysian Boy' yang digubah dari lagu Kanye West, 'American Boy'. Rasanya klip ni dibuat untuk promosi konsert 'Suara Kami' oleh Astro 17 September nanti. Walaupun aku tak berapa gemar lagu ni ada unsur plagarism yang nyata & tiada kreativiti untuk gubahan muzik tapi kena berfikiran positif dan terbuka. Jangan la asik nak kondem je kan? Tak semestikan kalau nak buat lagu berunsurkan patriotism nak kena buat jenis Irama Malaysia atau Pop je. Kudos kepada sesiapa yang terlibat.
31 Ogos 2011, semua rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan ke-54. Hari ni juga kita menyambut Aidilfitri untuk hari ke-2. Keluarga aku dah pun menuju ke Muar untuk bersama saudara mara. Tapi aku masih di Shah Alam. Sedih pun ada, sunyi tu lagi la ada. Nak buat macam mana, kerja memanggil. Alhamdulillah aku dapat bersama keluarga aku pada hari pertama Aidilfitri.
Saluran TV Astro, Discovery Channel & TLC banyak tayangkan cerita tentang Malaysia. Aku tak tau kenapa tapi aku rasa bangga bila saluran2 antarabangsa kat Astro ni yang keluarkan segmen khas buat Malaysia. Lagi2 bila keluarkan segmen laungan Tunku Abdul Rahman, 'MERDEKA!, MERDEKA!, MERDEKA!'. Lepas tu laungan Tunku disambut oleh rakyat jelata. Perghh... walaupun dah berulang kali aku tengok masih meremang bulu roma aku.
TUNKU ABDUL RAHMAN MENGISYTIHARKAN KEMERDEKAAN
KLIP VIDEO 'MALAYSIAN BOY'
Letak ke tepi tentang rancangan yang aku tengok di TV. In a serious note, aku tidak akan lupa kesejahteraan dan kesenangan hidup kita sekarang bukan datang bergolek. Perjuangan pemimpin terdahulu untuk mencapai kemerdekaan haruslah dihargai. Selamat menyambut kemerdekaan ke-54. 1 Malaysia, Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Assalammualaikum!
Langgan:
Catatan (Atom)